Connect with us

Terkini

Ali Puteh Dan Isteri Menangis Terpaksa Jual Kereta, Trofi Demi Lunas Hutang Balu Arwah Abam

Pelawak Ali Puteh sebelum ini dilaporkan menjual beberapa trofi kemenangannya ketika menyertai program realiti.

Terkini, Ali Puteh dilaporkan turut menjual motosikal jenis RXZ miliknya serta kereta Honda Accord berwarna putih.

Difahamkan tindakan pelawak berusia 35 tahun itu menjual tujuh trofi kemenangannya sebelum ini bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nurhidayah Hamzah.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Advertisement

Menerusi hantaran Instagram seorang individu yang juga rakannya pula, momen melepaskan kenderaan milik mereka berdua dirakam dan dapat dilihat rasa sebak isteri Ali, Melati Fitri Abdullah sehingga menitiskan air mata.

“Honda Accord, ‘sold’. Terima kasih hamba Allah ini datang dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan,” tulis keterangan video dalam laman sosial berkenaan.

Ali turut dilihat memeluk serta menenangkan insan tersayang yang tidak mampu menahan sebak.

Sebelum itu, dalam Instagram sama sebuah motosikal RXZ rona merah yang dikatakan milik adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu juga sudah mendapat pemilik baharu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat isteri Ali menangis serta mendoakan agar dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki keluarga pelawak itu selepas ini.

Advertisement

Pada 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram.

@malaysianupdatenews InsyaAllah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan isteri #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #ali #puteh #honda #accord #rxz #fyp ♬ Sayang Sampai Mati _ Firman Khan – c2joy_

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel