Connect with us

Kemalangan

Wanita Terlanggar Anak Lembu Meninggal Dunia Selepas Tiga Hari Bertarung Nyawa

Seorang wanita meninggal dunia hari ini selepas bertarung nyawa selama tiga hari kerana terlanggar seekor anak lembu yang berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, lapor Sinar Harian.

Pada jam 1.10 pagi, mangsa, Fazleen Yusoff berumur 31 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Jenazah ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tok Uban, Pasir Mas sebelum selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata mangsa difahamkan dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3 sewaktu kejadian.

Advertisement

“Ketika kejadian, mangsa bersama suami, Nik Amdan Mohd Ali, 28, serta dua anak mereka, Nik Nur Irdina Sofia, 7, dan Nik Nur Irdina Arisha, 4.

“Siasatan mendapati, setibanya di tempat kejadian tiba-tiba ada seekor anak lembu yang melintas jalan dan melanggar hadapan motosikal yang dinaiki mangsa,” ujarnya.

Akibat pelanggaran, mangsa yang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tambah Choon Foo, mangsa bagaimanapun dipindahkan ke HUSM bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Ahad.

Jenazah telah dituntut oleh ahli keluarga bagi proses pengebumian pada hari ini sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Pada Ogos lalu, media melaporkan seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu yang melintas jalan di Jalan Kampung Kota Bukit.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel