Connect with us

Terkini

Peniaga Tergamak Jual Donut Palsu, Rupanya Roti Burger ‘Ditebuk’ Tengah

Seorang individu meluahkan rasa kesal apabila kehadirannya ke sebuah ekspo di Pantai Irama Bachok dicemari dengan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Menurut individu itu, dia telah membeli makanan ringan berupa donut namun ternyata ia ‘palsu’ dan bukan donut sebenar.

Rupa-rupanya, manisan yang disangka donut itu adalah roti burger yang ditebuk tengah sebelum dicelup dengan perasa coklat.

“Pergi ekspo kat Pantai Irama Bachok malam ni. Tengok donut bukan main lagi warna warni menarik. Beli la sebiji perisa strawbery, sekali anak gigit roti burger! Yes roti burger celup coklat!”

Advertisement

Individu itu kemudian kembali ke gerai penjual tersebut untuk kepastian namun menerima jawapan yang mengecewakan.

“Patah balik g gerai dia nak confirmation kot la dia cakap “eh kito jual roti celup coklat bukan donut..” haa ok la lagi walaupun memang rupa sebiji macam donut tebuk tengah kan.”

Ujarnya lagi, dia berasa kecewa dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan beranggapan tidak berkat jika mencari rezeki dengan cara seperti itu.

Netizen juga tampil memberikan komen berbaur kecaman terhadap peniaga tersebut.

“Janji ada lubang kat tengah, donut la tu, ahh parokk” komen seorang netizen.

Advertisement

Tindakan yang dilakukan itu amat tidak wajar dan ia amalan tidak sihat dalam perniagaan sekaligus menjejaskan peniaga lain yang.

Dalam usaha melariskan jualan dan mengejar keuntungan, peniaga tidak harus menipu atau menganiaya orang ramai.

Diharapkan peniaga makanan tersebut dan peniaga-peniaga makanan yang lain jujur dalam perniagaan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel