Connect with us

Hiburan

‘Beri Bella ruang…’ – Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita popular

Pelakon Bella Astillah enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa dicekup berkhalwat bersama seorang pelakon di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.

Memetik laporan Harian Metro adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

Advertisement

“Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya ketika ditemui di pejabat Jawi.

Terdahulu Menerusi temu bual bersama Melodi, Bella yang mengenakan pelitup muka dan bertudung hitam hanya mendiamkan diri ketika ditanya mengenai isu terbabit.

Difahamkan pasangan selebriti itu yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan awal pagi tadi.

Terkini menerusi laporan Harian Metro, video yang bertarikh 25 Februari itu memaparkan Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Ruhainies memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa tas tangan dan Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Advertisement

Dalam pada itu, sumber Harian Metro berkata, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

Berdasarkan gambar sumber itu, mereka yang dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel