Connect with us

Terkini

Adik perempuan Bienda meninggal dunia semalam

Penyanyi, Nor Razlinda Razli atau lebih dikenali Bienda berkongsi khabar duka pemergian adiknya, Nur Fazlinda bertemu Yang Maha Mencipta pada jam 11.30 pagi, semalam.

Berita sedih berkenaan dikongsikan oleh Bienda sendiri melalui satu hantaran di Instagram.

“Al-Fatihah buat adinda saya Nur Fazlinda yang baru sahaja menghembuskan nafasnya pada jam 11.30 pagi tadi,” kata Bienda dalam hantaran tersebut.

Bersama hantaran berkenaan, Bienda turut memuat naik sekeping gambar dia bersama adiknya.

Advertisement

Mewakili adiknya, Bienda turut memohon maaf sekiranya arwah ada menyakiti atau melukakan hati mana-mana pihak dalam hayatnya sebelum ini.

“Selamat jalan bidadari syurga kami. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.

“Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga,” kata Bienda lagi.

Dalam pada itu, Bienda memberitahu jenazah adiknya dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah di Gombak untuk disembahyangkan.

Kemudian, jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak dan dikebumikan selepas asar, semalam.

Advertisement

Sementara itu, ibu Bienda, yang merupakan seorang penyanyi dangdut, Sheeda turut berkongsi berita duka itu menerusi Instagramnya.

Perkongsian berita pemergian Nur Fazlinda turut menarik perhatian warga maya yang rata-rata turut berkongsi rasa duka tersebut.

Mereka seterusnya mengucapkan takziah kepada keluarga Bienda dan mendoakan roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Instagram Bienda, SiakapKeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel