KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“UMNO sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.
“Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah,” katanya menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang” di Dublin, Ireland, kelmarin.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu berkata UMNO tidak boleh dikatakan sudah berkubur kerana parti itu masih mempunyai penyokongnya tersendiri.
“UMNO ini ada penyakit dan masalah dia. Adapun mengatakan UMNO di alam barzakh, maka tidak mudah. Parti komunis yang diharamkan pun masih ada. Parti Hitler masih ada pengikut. Syaitan pun ada pengikut.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Tuhan jadikan tak mati syaitan selagi tak berlaku kiamat. Bukan saya kata dia (UMNO) syaitan, tidak. Tetapi nak matikan kefahaman ini tidak mudah, akan ada warisan dia,” katanya.
Sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan kedua parti pembangkang itu akan bergabung bagi membentuk satu blok baharu.
-Berita Harian