Connect with us

Mahkamah

Buat kali ketiga permohonan Najib singkirkan Sri Ram dalam kes 1MDB ditolak

Pemohonan Najib Razak untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaraya dalam perbicaraan kes 1MDB gagal buat kali ketiga.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan bekas perdana menteri itu yang melibatkan tiga kesnya.

Loading…

Diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, panel hakim mengambil masa sejam untuk mempertimbangkan hujah ketua peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Antara kes yang terlibat ialah pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, yang dijadual akan didengar di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah pada 19 Ogos ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel