Connect with us

Jenayah

Bersalah Bunuh Anak Sendiri, Suami Isteri Dihukum Gantung Sampai Mati

Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Zainal Azman Abd Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka Siti Sarah Anuar, 26 dan Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat beranak ini di dakwa bersama-sama membunuh mangsa Siti Hajar Anuar, yang semasa kejadian berusia 22 tahun di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, kira-kira jam 10.45 malam, pada 26 April 2016.

Advertisement



Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Sebelum ini, media melaporkan punca kematian seorang gadis yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.
Tragedi menimpa mangsa dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu pada 26 April 2016.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian besar tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.

Pada mulanya, gadis berkenaan dikhabarkan mengalami sakit biasa, tetapi kesan gigitan di badan selain lebam di mata membongkar tindakan itu dipercayai dilakukan ahli keluarganya sendiri menyebabkan empat beranak itu ditahan di rumah keluarga berkenaan pada 1.50 pagi, 1 Mei 2016.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel