Beberapa kes cubaan membunuh di atas jalanraya menjadi tanda tanya kepada orang ramai kerana tidak tahu siapa dalang disebalik perbuatan tersebut.
Difahamkan, cubaan membunuh itu menggunakan tali yang dipasang pada laluan motosikal. Beberapa penunggang motosikal dipercayai sudah terjerut pada tali tersebut namun terselamat. Sama seperti kisah yang berlaku kepada seorang lelaki yang terkena jerutan tersebut baru-baru ini.
Melalui posting @yamakawa.international.rider, dapat dilihat leher lelaki tersebut mempunyai kesan jerutan tali. Malah, di topi keledar miliknya juga terdapat seutas tali yang digunakan bagi cubaan membunuh tersebut. Di topi keledarnya juga terdapat kesan daripada jerutan tersebut.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di flyover Jalan Gombak berhampiran Simpang Tiga dan di Lebuhraya DUKE berhampiran susur Kampung Puah. Dua kejadian yang serupa pernah berlaku di kawasan ini apabila menjelang senja. Berhati-hatilah ketika melalui jalan tersebut .
View this post on Instagram
Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI