Connect with us

Hiburan

“Suka Hati Nak Kata Aku Meroyan, Kau Tahu Apa Kau Buat” – Isteri Shuk Sahar Syukur Dapat Bukti?

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera, seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya sekali lagi menjadi mangsa penipuan dan diperdaya oleh suaminya.

Masih bersabar dan tenang dengan situasi yang telah terjadi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata dia mempunyai bukti yang kukuh terhadap kata-kata yang telahpun diluahkan olehnya sebelum ini.

“Suka hatilah nak cakap aku meroyan ke apa, kau tahu apa yang kau dah buat. Masing-masing ada kegilaan masing-masing. Ada gila menipu. Aku lain. Kegilaan ku kalau hilang sabar lain.”

Sera pada Jumaat lalu, memuatnaik beberapa hantaran status di Instagram Stories seolah-olah merujuk kepada dirinya yang sudah beberapa kali disakiti.

Advertisement

Bagaimanapun, Sera enggan mengambil pusing berkenaan isu terbabit dan ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaannya.

Baca: “Kejamnya Manusia! Bersumpah, Berjanji Tapi Masih Dengan Yang Lain” – Shuk Sahar kantoi lagi?

Terkini, Shuk yang sedang berada di Pulau Pinang buat masa ini telah menutup ruangan komen di Instagramnya dan memberitahu kepada media bahawa berlakunya perselisihan faham dengan isterinya namun ianya bukanlah hal yang besar.

Sumber: Instagram Rossa Sera

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel