Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Patut Tanya Terlebih Dahulu – CEO Malaysia Airlines

Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew berkata Pengerusi
PH Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan tidak tepat dalam catatan blognya.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines
Peter Bellew menuduh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad
menulis perkara yang tidak tepat dalam satu catatan blognya.

Dalam catatan itu, Dr Mahathir, bertanyakan sama ada
pengurusan syarikat penerbangan itu bersetuju untuk membeli pesawat Boeing atas
sebab yang salah.

“Menambah laluan secara tiba-tiba dengan pesawat besar ini
tidak akan memberi cerminan baik kepada pengurusan. Atau Malaysia Airlines
hanya cuba menyenangkan hati perdana menteri sehingga menjejaskan kebijaksanaan
komersial?” katanya.

Bercakap kepada pemberita di Akademi Malaysia Airlines hari
ini, Bellew berkata Malaysia Airlines sudah berbincang tentang pembelian
pesawat Boeing berbulan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat
urus janji itu ketika lawatannya ke Amerika Syarikat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaupun saya mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap
beliau atas sumbangannya dahulu, tetapi beliau tidak bertanya sesiapa antara
kami sebelum menulis,” katanya.

Beliau berkata sebab Malaysia Airlines memerlukan pesawat
baharu kerana kebanyakan pesawat sedia ada akan tidak boleh digunakan lagi.

Untuk menggantikan pesawat berbadan lebar dan menstabilkan
angkatan pesawat antara 50/50 badan lebar dan sempit, MAS berminat dengan
kedua-dua Airbus A330neo and Boeing 787 Dreamliner.

Bellew berkata keputusan memilih Boeing kerana ia tawaran
yang baik dan kerana A330neo masih belum dikeluarkan.

“Kita juga akan menggantikan A380 sedia ada dengan A350.”

Bellew berkata kekeliruan itu disebabkan beliau dilapor
mengatakan Malaysia Airlines tidak akan membeli pesawat Boeing tetapi
memajaknya sebagai pajakan operasi.

“Ini membantu kita mengurangkan kos kerana sebagai syarikat
penerbangan, kita mampu membeli pesawat ini dengan lebih murah dan kemudian
menjualnya kepada pemajak dan kemudian memajaknya daripada mereka,” katanya.

Bellew dilaporkan berkata syarikat penerbangan itu tidak
akan membeli dan memiliki pesawat Boeing yang kerajaan berjanji untuk beli.

“Pesawat ini tidak akan dimiliki oleh Malaysia Airlines
tetapi dirancang menjadi pajakan operasi, satu kebiasaan dalam syarikat
penerbangan moden,” Bellew berkata dalam memo dalaman bertarikh 15 September
yang dilihat oleh terbitan perniagaan The Malaysian Reserve.

Mengenai soalan Dr Mahathir tentang destinasi pesawat itu,
Bellew berkata pesawat Boeing mampu menerbangkan muatan maksimum dari Kuala
Lumpur ke California dalam satu perjalanan.

“Kami mampu (menambah destinasi) jika kami mahukannya tetapi
ini bukan bermaksud kami mahu atau tidak.

“Ini memberi peluang besar untuk mana-mana pemimpin syarikat
penerbangan ini pada masa depan…dan menjimatkan kos bukan sahaja untuk
perjalanan jauh tetapi juga untuk perjalanan ke destinasi seperti Seoul dan
Beijing.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel