Connect with us

Berita Lain

Selepas Ditegur Sultan Johor, Pengusaha Dobi ‘Muslim Sahaja’ Mohon Maaf

Foto dobi hanya untuk ‘Muslim sahaja’ yang tular di laman sosial


MUAR – “Saya kesal dengan isu ini dan saya minta maaf
atas apa yang berlaku. 

Saya akur akan arahan Sultan Johor,” demikian
luahan pemilik dobi yang terletak di Jalan Junid, di sini, selepas tindakannya
yang meletakkan papan tanda ‘Mesra Muslim’ di tempat perniagaannya itu menjadi
tular di laman sosial.
Pemilik yang enggan dikenali itu bagaimanapun enggan
mengulas lanjut namun mengakui telah mengangkat papan tanda berkenaan pada jam
10 pagi tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, dia tidak menyedari tindakannya itu telah
mengundang isu sensitiviti kepada beberapa pihak.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa
mesin cuci di dobi berkenaan masih beroperasi seperti biasa namun tiada lagi
papan tanda ‘Mesra Muslim’ diletakkan di pekarangan kedai.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan
Sultan Johor bertitah agar pemilik dobi mengubah konsep perniagaan atau baginda
sendiri akan mengambil tindakan.

Pusat dobi yang masih beroperasi tanpa papan tanda ‘Mesra
Muslim’, hari ini. – Foto: The Star

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel