Connect with us

Berita Lain

Setiausaha Politik Menteri Ditahan SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmadi ketika dalam sidang media selepas Program Kembara
Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang disini tadi – Foto: Sinar Harian

KEPALA BATAS – Setiausaha politik kepada seorang menteri
kabinet ditahan ketika memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes
penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Suspek dipercayai bergelar datuk berusia 61 tahun itu
merupakan ahli biasa sebuah parti politik di Serian ditahan ketika memberi
keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Menurut Sinar Harian penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan
Sri Dzulkifli Ahmad dalam sidang media selepas Program Kembara Jelajah Anti
Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, pada 13 September lalu, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat individu termasuk seorang yang
bergelar Datuk selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan wang peruntukan
yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu mereka yang ditahan
terdiri daripada Ketua Eksekutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai
Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr.
Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur
antara jam 4.30 petang dan 6 petang dalam satu operasi yang dilancarkan SPRM.
Ketiga-tiga pegawai PTPK tersebut dipercayai telah
bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut untuk penyelewengan wang yang
diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan program-program latihan
kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
Menurut sumber, maklumat awal yang diperolehi mendapati
keempat-empat mereka dipercayai telah menyelewengkan hampir RM40 juta pada
tahun 2016 dan 2017.
Katanya, pada tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan RM35
juta manakala RM40 juta pada tahun ini untuk mengendalikan program-program
latihan tersebut.
Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, mereka telah
menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini.
Ketiga-tiga pegawai itu juga telah berpakat dengan pengarah
syarikat tersebut dan meluluskan 15 buah 
syarikat miliknya untuk mengendalikan program-program tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel