Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Wanita Patah Tulang Belakang, Terjatuh Dari Tingkat 5 HSB


ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami patah
tulang belakang selepas terjatuh dari tingkat lima bangun Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) , petang tadi.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail
berkata,  kejadian itu berlaku, kira-kira
jam 5.30 petang ketika, mangsa 
berkunjung ke hospital untuk melawat sahabat.

“Siasatan awal mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat
lima bangunan bangunan berkenaan” katanya dalam kenyataan kepada media, di
sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan
stabil dan  menerima rawatan di Jabatan
Kecemasan dan Trauma HSB.
“Mangsa dalam keadaan 
sedar, dia kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut,”katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar,
Superintendan Yazri Ismail berkata berdasarkan maklumat daripada keluarga
mangsa mengesahkan wanita itu mengalami masalah mental.
“Mangsa didapati pergi ke hospital pada  waktu 
melawat tanpa tujuan. Wanita berkenaan 
didapati  melompat keluar menerusi
tingkap wad sebelum dia terjatuh dari tingkat lima  bangunan berkenaan,” katanya seperti dilapor Sinar harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana
cuba membunuh diri.
Berdasarkan keterangan polis daripada  pengadu merupakan pengawal keselamatan
hospital bertugas di Wad 5C, HSB mendapati ketika dia  bersama seorang rakan tugasnya sedang bertugas
di ruang legar Wad 5D.
Pengadu menyedari seorang perempuan Cina membuka tingkap
cermin dan cuba keluar melalui cermin.
Pengadu dan rakan setugasnya cuba menghampiri mangsa  tetapi dia menolak pengadu menghalang dari
menariknya.
Walaupun, pengadu cuba memujuk mangsa tetapi terus terjun
dari tingkat lima wad berkenaan dan terjatuh ke atas bumbung lobi wad di laluan
wad diraja.
Pengawal
keselamatan  memaklumkan kejadian sebelum
bantuan kecemasan dari pihak perubatan.
Pegawai perubatan merawat mangsa mengesahkan kecederaan
parah iaitu pendarahan di belakang kepala, patah tulang belakang, patah tumit
dan retak tulang pinggul.
Mangsa kini dirawat di Zon Merah untuk rawatan lanjut
difahamkan mengalami kemurungan daripada maklumat diterima  daripada waris mangsa. Namun, dia tidak
pernah menerima sebarang rawatan.

Mangsa tidak bekerja dan hanya tinggal bersama ibunya di
rumah dan masih belum berkahwin.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel