Connect with us

Berita Lain

Perdana Menteri Puji Kepetahan Nur Syafiqah


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji
kepetahan Nur Syafiqah Azaman, 23, berbahasa Mandarin ketika membantu urusan
dua penuntut dari Shandong, China di kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Perlis, yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Memetik laporan China Press, kata Najib melalui
Facebook beliau, pembantu pegawai penguat kuasa itu telah menunjukkan semangat
1Malaysia dan perlu dicontohi semua orang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semua orang puji dia kerana fasih bahasa
Mandarin. Dia telah menunjukkan semangat 1Malaysia kepada semua orang.
Bagus!,” tulis perdana menteri yang dipetik dalam Facebook berbahasa
Mandarin, ‘AhJib Gor’.
Kedua-dua pelajar terbabit iaitu Sun Wen Xuan, 18,
dan Zhai Qin Xing, 19, yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM)
dikatakan mahu membuat pertukaran nama hak milik kenderaan.
Namun disebabkan mereka tidak fasih bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris, urusan berkenaan akhirnya dapat diselesaikan oleh Nur
Syafiqah yang fasih berbahasa Mandarin.

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel