Connect with us

Berita Lain

Maut Dipercayai Tersedak Susu


BAYI lelaki meninggal dunia dipercayai tersedak susu di
kediamannya di Taman Bistari, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 7.30 pagi semalam.
Jenazah bayi terbabit selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah kira-kira 9 malam selepas disolatkan
di Surau Taman Bistari, Batu Pahat, Johor, semalam.
Bayi berkenaan, Adrie Fayyadh Mohd Zulkifli yang berusia 39
hari, dipercayai meninggal dunia selepas disusukan ibunya, Rosma Endah Mohamed,
38.
Menurut Rosma, dia baru sahaja meletakkan bayinya itu kira-kira
30 minit selepas dia menyusukan anaknya, sebelum melakukan rutin harian di
rumah pada waktu pagi, lapor My Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seperti biasa rutin harian selepas menyusukan Adrie
antara 6.30 hingga 7 pagi, saya akan menyapu sampah, menyidai kain dan
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak lain.
“Arwah adalah anak bongsu daripada lima beradik dan
kebiasaannya selepas kenyang menyusu, dia akan tidur,” katanya.
Menurut Rosma, dia sering melihat keadaan anaknya sambil
melakukan rutin harian.
“Setiap hari selepas dia tertidur saya akan membuat kerja
harian dan menghantar suami sehingga ke depan pintu dan sekali sekala menjengah
keadaan anak bongsu saya itu.
“Namun pada hari kejadian, saya panik apabila melihat anak
saya sudah tidak lagi bergerak selain seluruh badannya bertukar menjadi
kebiruan.
“Agak lama cuba menyedarkan dia, saya mendapati dia tidak
menunjukkan apa-apa tindak balas.
“Saya terus bergegas ke klinik berhampiran untuk mendapatkan
rawatan, namun doktor yang bertugas mengesahkan bahawa bayi saya sudah tidak
lagi bernyawa,” katanya ketika ditemui, di kediamannya, hari ini.
Rosma berkata, dia terkejut dan tidak percaya anak bongsunya
itu sudah tiada dan terus menghubungi suaminya yang bekerja di kilang
berhampiran.
“Walaupun kejadian berkenaan seperti mimpi kerana ia
berlaku sekelip mata, namun saya sekeluarga menerima hakikat dan reda dengan
ketentuan Allah yang anak syurga kami ini sudah tiada.
“Saya akui setiap yang berlaku ada hikmahnya dan
menerima takdir berkenaan dengan hati yang terbuka, selain menganggap anak
bongsu ini Allah pinjamkan seketika untuk kami sebelum dia pergi,”
katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman
Bistari, Batu Pahat, Wahyu Hidayat Jaapar, berkata, pihaknya turut bersimpati
dengan kejadian yang menimpa keluarga mangsa dan berharap keluarga berkenaan
reda dengan pemergian anak bongsu mereka.

“Selain melakukan lawatan, pihak KRT Taman Bistari dan
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Batu Pahat turut memberikan
sumbangan untuk membantu keluarga berkenaan yang masih bersedih dengan kejadian
berkenaan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel