Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Tidak Mahu PLUS Alami Nasib Seperti Perwaja – Johari


KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu sebarang tawaran daripada
syarikat swasta untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS) perlu dikemukakan
secara praktikal dan dikaji dengan teliti supaya tidak wujud masalah
penswastaan seperti yang terjadi kepada Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata
tawaran itu juga perlu mengambil kira kemampuan dan bagaimana cara syarikat
swasta terbabit untuk menjana dana membiayai kos pengambilalihan tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami mengalu-alukan semua cadangan, tetapi semuanya perlu
praktikal supaya tidak wujud situasi seperti Perwaja yang dahulu di beri
privatisation (penswastaan) akhirnya tutup dan tidak beroperasi lagi. Kita
berdepan dengan banyak masalah ketika itu.

”Soal pembiayaan, kita mahu tahu dari mana sumbernya. Kalau
boleh, mereka perlu bentangkan perkara ini kepada pihak UEM (Group Bhd) dan
kerajaan supaya kita boleh tengok dari mana datangnya pinjaman ini,” katanya
pada sidang media selepas merasmikan kempen kesihatan UEM Group Bhd, di sini,
hari ini.

Johari berkata demikian apabila di minta mengulas mengenai
tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli keseluruhan aset dan liabiliti PLUS
Malaysia daripada UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan
harga RM36 bilion.

UEM Group memiliki 51 peratus kepentingan PLUS manakala KWSP
memegang baki 49 peratus.

Beliau menegaskan tawaran pengambilalihan tidak boleh
dilihat semata-mata kepada komitmen syarikat untuk tidak menaikkan kadar tol
lebuh raya dan juga jumlah kos penyelenggaran yang jauh lebih rendah.

“Dari segi peningkatan (kadar) tol, setakat ini saya tidak
nampak lagi mana-mana syarikat konsesi boleh benar-benar meminta tidak mahu
naikkan tol.

“Saya cadangkan dulu, (mereka) tulis surat kepada kerajaan
mengatakan tidak mahu naikkan kadar tol di semua tol di lebuh raya yang mereka
kuasai. Setakat ini, (saya lihat) semua pengendali tol naikkan harga, jadi saya
mahu tahu mengapa (mereka komited untuk mengekalkan kadar),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan UEM Group Datuk Izzaddin Idris sekali lagi menegaskan
kumpulan itu tidak pernah berhasrat untuk ‘melepaskan’ PLUS kepada mana-mana
syarikat lain sehingga tamat konsesi pada 31 Disember 2038.

“Tak pernah timbul langsung perancangan itu (walau) kepada
sesiapa pun. Kerana pada kami, ini (PLUS) adalah aset yang strategik bagi
kerajaan,” katanya.

Izzaddin yang menyangkal tuduhan bahawa PLUS mengeluarkan
kos penyenggaraan yang lebih tinggi berkata semua kerja-kerja yang dilaksanakan
menepati syarat dan standard yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM).

Ditanya mengenai mengapa PLUS tidak memanfaatkan nilai
hartanah di sekitar jajaran lebuh raya itu, beliau berkata konsesi yang diberi
kepada pihak PLUS hanya membolehkan pengendali lebuh raya itu membangunkan
tanah tersebut untuk kemudahan pengguna lebuh raya.
“Ini bermaksud pihak PLUS tidak boleh membangunkan (apa-apa
jua projek lain seperti membina) kondominium dan sebagainya. Kami perlu
mengikut apa yang telah ditetapkan oleh LLM,” jelasnya.

FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel