Connect with us

Berita Lain

Singapura Asalnya Singa Pura-Pura


BARU-BARU ini Presiden Singapura, Halimah Yacob menerima
ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu
majlis negara. Jarang sekali seorang ketua kerajaan (KK) bertutur begitu kepada
ketua negara (KN).
Lazimnya seorang KK hanya menyampaikan tahniah
setinggi-tingginya kepada pelantikan baharu KN dan berdoa semoga negara akan
terus makmur, aman, stabil dan rakyat bersatu-padu.
PM Lee bersikap lebih dari itu. Beliau menyingkap latar
belakang kerjaya dan rekod Halimah yang dihayati kerajaan selama ini, sekali
gus mengharapkan segala itu akan berterusan demi kebaikan Singapura. Ini
membuatkan ramai orang menganggapkan PM Lee berkuliah ringkas tentang tugas dan
tanggungjawab KK.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu, Singapura atau PM Singapura tidak lupa menyebut
Allahyarham Tun Yusof Ishak, Gabenor pertama Singapura, apabila hendak
mendentingkan kedudukan hubungan kaum atau multiracial di negara pulau itu.
Kata-kata bernas Allahyarham dikutip secara jelas dan
disiarkan di TV, radio dan akhbar. Ini selaras dengan apa yang PM Lee nyatakan
kepada BBC (Perbadanan Penyiaran British), bahawa soal kaum dan agama adalah
penting kepada Singapura.
Bagaikan berlaku pada satu masa sama, PM Lee menyingkap
sejarah bahawa Singapura ditendang keluar Malaysia atas sebab Singapura
mempunyai penduduk majoriti Cina. Ini adalah satu perkara yang memeranjatkan.
Jika ia dimaksudkan sebagai satu provokasi, ia agak meleset. Tidak ada
kata-kata balasan yang sama-sama lantang daripada pihak Malaysia.
Sejarah bergantung kepada siapa yang menyelakkannya. Tentu
sekali Allahyarham Tun Dr Ismail, Syed Jaafar Albar dan Sheikh Abdullah Bismih
mempunyai sudut dan sebab-musabab yang berlainan sama sekali. Tun dan Syed
adalah pemimpin utama negara dan Abdullah ialah penulis agama yang pernah
berdebat dengan Lee Kuan Yew di Radio Malaysia di Singapura.
Perpisahan itu berlaku atas hemah Allahyarham Tunku Abdul
Rahman, PM Malaysia. Ini diakui sendiri Tunku. Pemimpin-pemimpin lain pada
umumnya akur dengan pengakuan Tunku itu.
Bagaimanapun, banyak pihak percaya sekiranya hemah Tun dan
Syed diterima, perpisahan itu mungkin tidak berlaku. Mungkin timbul satu cara
lain yang tidak menyusahkan Malaysia dan tidak menjatuhkan air muka Singapura.
Bagaimanapun, semuanya sudah menjadi sejarah.
Bercakap tentang sejarah, British atau Inggeris adalah satu
bangsa yang banyak membentuk dan menukar sejarah akibat tindak-tanduknya demi
kepentingan sendiri. Sejarahnya ditulis untuk menggemilangkan diri sendiri.
Apa-apa kehodohan berlaku kepada anak watan sesebuah tempat
ditutupnya dengan pelbagai falsafah dan alasan. Untuk itu Pulau Pinang diambil
British jauh lebih dulu dari Singapura.
Ia diambil secara pawah daripada Sultan Kedah. Kekecohan
politik antara Kedah dan Siam serta Burma menguatkan tangan British melalui
Francis Light sehingga pulau pawah itu bertukar menjadi tanah jajahan.
Stamford Raffles mengikuti jejak Francis Light dengan
mendapatkan Singapura secara pawahan daripada Sultan Hussain pada 1819. Kerenah
politik British mengecamukkan keluarga diraja Johor, dipecah-perintah, sehingga
Singapura menjadi tanah jajahan seperti Pulau Pinang.
Perdagangan rempah-ratus dan bahan-bahan mentah untuk
keperluan Revolusi Industri di England mengubahkan Singapura kepada sebuah
pelabuhan strategik selaku laluan utama Timur-Barat. Buruh mula dibawa dari
selatan negara China dan India.
Demi masa, ramai dalam kalangan mereka bertukar menjadi
pedagang dan tauke. Begitu ramai mereka didatangkan sehingga jumlah Melayu dari
Johor, Riau, Minang dan Jawa kurang peratusannya.
Apabila diunjurkan, peratusan mereka di Singapura kini tidak
melebihi 15 peratus. Amalan imigrasi Singapura membuka pintu kepada ramai
pendatang demi keperluan tenaga kerja untuk menampung industri perkhidmatan dan
elektroniknya. Inilah antara sebabnya mengapa satu kaum atau etniknya jauh
mengatasi yang lain-lain dalam jumlah penduduknya.
Dari segi sejarah bersirat legenda, Singapura mempunyai
asal-usul yang menarik. Singapura mendapat nama daripada belingas singa.
Belingas bermakna sesuatu yang pura-pura atau tidak jelas di mata. Jadilah dia
Singa Pura-Pura.
Lama kelamaan ia bertukar kepada Singa Pura sebelum
dicantumkan sebagai Singapura. Dengan pura bererti kota, jadilah ia Singa Pura
atau Kota Singa. Mengapa Singapore? Itulah lidah Anglo (Inggeris).
Di India, Bengaluru ditukarkan kepada Bangalore. Di Mesir,
Kaherah jadi Cairo. Di Syria, Damsyik jadi Damascus. Tidak kurang daripada
Winston Churchill, pemimpin besar Inggeris, yang bersetuju ‘lidah Inggeris
mengatasi lidah Peribumi’.
* Tan Sri Adam A Kadir, mantan Presiden Senat dan ahli
Kabinet
-Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel