Connect with us

Berita Lain

Wanita Maut Ditikam Sepupu Sendiri

Robiatul Ain Mahamod, 27, maut akibat ditikam pada muka dan
badan dalam kejadian di Temerloh, malam tadi. – Foto ihsan PDRM/BH Online


KUANTAN: Seorang wanita maut ditikam pada muka dan bahu oleh
sepupunya yang dipercayai penagih dadah di Taman Temerloh Makmur, dekat
Temerloh, malam tadi.
Robiatul Ain Mahamod, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap
dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya selepas dipercayai bertengkar
dengan suspek lelaki berusia 26 tahun itu, lapor BH Online.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten
Komisioner Othman Nayan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.40
malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah
itu kira-kira jam 9.20 malam, dipercayai pergaduhan antara mangsa dan sepupunya
iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun.

“Jiran mangsa terlebih dulu menghubungi bapa dan adik
mangsa yang tiba di perkarangan rumah itu tidak lama kemudian.
“Mereka terpaksa memecahkan pintu yang berkunci dari
dalam dan sebaik memasuki rumah itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu
dengan kesan tikaman.
“Mangsa segera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad
Shah (HOSHAS) di sini, untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia
jam 10.37 malam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Othman berkata, bapa mangsa adalah seorang anggota polis
yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Katanya, suspek ditahan pada jam 10 malam hasil maklumat
awam, ketika cuba bersembunyi di sebuah rumah kosong terletak kira-kira 70
meter dari tempat kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui senjata yang dipercayai digunakan suspek
dalam kejadian iaitu sebilah pisau dan gunting.
“Siasatan lanjut masih dibuat bagi mengenal pasti motif
kejadian. Berdasarkan maklumat awal, pertengkaran dikatakan berpunca daripada
rasa tidak puas hati suspek yang didakwa mencuri dan menagih dadah,”
katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel