Saturday, November 15, 2025

Berang Diarah Alih Vellfire, 3 Rela Cedera Dipukul ‘Datuk Seri’

October 28, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia
(Rela) cedera selepas mendakwa dipukul seorang “Datuk Seri” di sebuah tokong di
Jalan Ampang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu mangsa Melvin Cheong
Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami
kecederaan di kepala, mata dan perut.

Melvin Chong berkata kejadian bermula apabila beliau meminta
“Datuk Seri” itu agar mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang
menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian, lapor FMT.

“Lelaki itu marah bila saya minta alihkan kenderaannya dan
menepuk meja serta memaki kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Rakan saya Lee dan Leong bertindak untuk meleraikan
keadaan, tetapi lelaki itu terus memukul dan menendang kami,” katanya pada
sidang media hari ini.

Kejadian tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup
(CCTV) dan laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Biro Aduan dan
Perkhidmatan Awam MCA merangkap Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Rela, Datuk Seri
Michael Chong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Zaid
Hassan mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen
323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis
sedang mengenal pasti suspek serta status “Datuk Seri” itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti