Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Suami Isteri Maut Selepas Treler Terbabas Ke Laluan Bertentangan


NILAI: Pasangan suami isteri maut, manakala tiga cedera
dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270.2 Lebuh Raya
Utara Selatan (PLUS) berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini,
petang tadi.
Dalam kejadian di laluan arah selatan jam 5.45 petang itu,
Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila treler tanpa
muatan dari arah utara hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan
lalu merempuh tiga kenderaan termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki
suami isteri terbabit, lapor Berita Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ahmad Ridwan Yahya,
berkata sebuah jentera serta Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama
sembilan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba, kita dapati kedua-dua mangsa yang
tersepit di dalam MPV berkenaan sudah tidak bergerak sebelum disahkan meninggal
dunia. Kita mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mereka.
“Pemandu dan penumpang dua lagi kereta yang cedera
ringan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima
rawatan,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, mayat pasangan suami isteri terbabit turut dihantar
ke HTJS untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan
Zaldino Zaludin, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat
lanjut.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel