Connect with us

Berita Lain

Bekas Penyampai Era FM, Nadira Azizan Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Selepas seminggu bertarung nyawa hingga koma, bekas penyampai radio Era FM, Nadira Azizan, 41, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada jam 7.10 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia disebabkan demam denggi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, tengah hari ini.
Jawatan terakhir Nadira atau nama sebenarnya, Khidirah Naimah Mohd Zain ialah Pengurus Kandungan THR Gegar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 1998, Nadira menjadi antara penyampai awal Era FM ketika saluran radio itu baru enam bulan beroperasi.
Allahyarham pernah berganding dengan penyampai popular, Halim Othman apabila teman penyampai ketika itu, Jamal Jamaluddin bercuti.
Nadira menamatkan khidmatnya di Era FM selepas sembilan tahun apabila ditawarkan jawatan Eksekutif Muzik di THR Gegar pada 2008.
Arwah meninggalkan suami, Hasrul Rizal Hassan dan lima anak.


— BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel