Connect with us

Berita Lain

Pemandu Treler Direman Tiga Hari


SEREMBAN: Seorang pemandu treler yang dipercayai menyebabkan
kemalangan maut membabitkan sepasang suami isteri di Nilai kelmarin, direman
tiga hari mulai hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong
Pendaftar Emysuriana Muhammad Subry selepas permohonan dikemukakan Pegawai
Penyiasat, Inspektor Mohd Syafiq Azmy.
Tahanan reman itu membolehkan polis menjalankan siasatan
mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap lelaki berusia 59
tahun itu, lapor Berita Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek yang memakai baju biru, tiba di mahkamah pada jam
10.30 pagi sebelum permohonan reman dibuat pada jam 12 tengah hari.
Dia ditahan di pekarangan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Nilai, jam 4.30 petang semalam.
Jumaat lalu, kemalangan membabitkan empat kenderaan
kira-kira jam 5.30 petang di Kilometer 270.3 Lebuh Raya Utara Selatan,
berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini, menyebabkan Lau Lian
Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat
kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan
terbabit yang menghala ke utara, hilang kawalan sebelum terbabas melanggar
pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan
kenderaan mangsa.

Advertisement
Pemandu treler itu bagaimanapun tidak dapat dikesan di
tempat kejadian kerana dipercayai melarikan diri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel