Connect with us

Berita Lain

Umno Perlu Kekalkan Kuasa – Ismail Sabri



KUALA LUMPUR – Umno perlu mengekalkan kuasa bagi mentadbir
negara ini agar segala perancangan yang diaturkan kepada rakyat dapat
dilaksanakan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata, sekiranya kuasa jatuh kepada DAP, semua usaha yang digerakkan akan sia-sia.
“Di negara ini ada dua parti dominan dalam gabungan iaitu
Umno (dalam BN) serta DAP dalam Pakatan Harapan. Kalau kuasa yang ada pada Umno
terlepas, semua perancangan tak dapat diteruskan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak umum mengenai Program
Transformasi Nasional (TN50) bagi bangunkan orang Melayu dan Islam. Kalau
terlepas kepada DAP yang dominan dalam pakatan pembangkang, apa akan jadi
kepada orang Melayu. Pokok pangkalnya kita mesti kekalkan kuasa agar usaha
memperkasakan ummah dapat diteruskan,” katanya dalam Konvensyen Pemerkasaan
Agenda Ummah 3.0, semalam.

Katanya, ahli dan pemimpin Umno perlu bersiap sedia dari
segi mental serta fizikal bagi menghadapi PRU 14.
“Kita perlu ada pemikiran mahu menang. Hari ini orang lain
cabar hak kita (orang Melayu) dan tak pernah terlintas di fikiran orang
persoalkan tentang tudung.
“Ini berlaku kerana perpecahan dalam orang Melayu yang kini
berada dalam keadaan lemah. Bagaimana nak menang dalam PRU kalau kita lemah.
Orang Melayu dan Islam perlu bersatu sekali gus mampu kuasai kerajaan kali
ini,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel