Connect with us

Berita Lain

BR1M Hanya Menyusahkan Rakyat!



SHAH ALAM – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya
menyusahkan rakyat, demikian menurut Penganalisis Ekonomi Universiti Putra
Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari.

Beliau berkata, BR1M yang diberikan sejak tahun 2012
bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin menangani kos sara
hidup, tetapi ia sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan isi rumah
ke atas barangan dan perkhidmatan untuk mengekalkan taraf hidup.
“Kos sara hidup dipengaruhi pergerakan peningkatan harga dan
pertumbuhan gaji dan upah. Kajian mendapati, harga meningkat dengan kadar yang
lebih tinggi berbanding dengan gaji dan upah yang bertumbuh secara perlahan.
“Semakin tinggi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan,
semakin tinggi perbelanjaan yang diperlukan,” katanya dalam Forum Belanjawan
2018 – Di mana keistimewaan Bumiputera? anjuran Perkasa di Kuala Lumpur, malam
tadi.
Beliau berkata, harga makanan dilihat antara yang membebani
rakyat di mana ia meningkat lebih tinggi berbanding dengan harga keseluruhan
barangan dalam ekonomi.
“Rakyat memperuntukkan sebahagian besar daripada
perbelanjaan bulanan ke atas makanan. Contohnya, statistik terkini menunjukkan
rakyat luar bandar memperuntukkan 26 peratus daripada perbelanjaan bulanan
mereka ke atas makanan.
“Ia peratusan yang agak tinggi. Untuk mengurangkan bebanan
kos sara hidup ini, kerajaan perlu memastikan kestabilan harga makanan, lebih
baik ianya diturunkan,” ujarnya.
Jelasnya, bagi megimbangi perkara ini, BR1M harus dihentikan
dan mencadangkan ia ditukar kepada subsidi makanan.
“Ini adalah cara terbaik. Penerima BR1M ini mungkin
mengunakan bantuan tersebut untuk perbelanjaan ke atas makanan berbanding
berbelanja kepada barang bukan keperluan seperti gajet.
“Sejauh manakah perkara ini dipantau keberkesanannya oleh
kerajaan? Jika dibuat tinjauan ke atas penerima BR1M, kebanyakan daripada
mereka menggunakan bantuan ini kepada perbelanjaan bukan berbentuk makanan,”
katanya.
Tambah beliau lagi, terdapat dua pilihan alternatif yang
boleh digunapakai oleh kerajaan untuk menggantikan BR1M ini.
“Pertama, sistem pemberian BR1M dalam bentuk tunai ini
digantikan dengan pemberian dalam bentuk barangan keperluan makanan.
“Kerajaan mempunyai pilihan sama ada untuk memberikan
barangan tersebut sekali keseluruhan dalam tempoh setahun atau memberikan dalam
bentuk bulanan,” katanya.
Alternatif kedua, katanya, pemberian kupon barangan makanan
juga boleh dipertimbangkan dan perlu memastikan kupon tersebut tidak boleh
diperdagangkan atau ditukar kepada barangan lain.
“Dana pemberian BR1M boleh digantikan dengan pemberian
subsidi kepada pihak pengeluar ke atas barangan makanan.
“Mungkin ada yang berpendapat sistem subsidi sebegini akan
juga memberi manfaat kepada golongan kaya, tetapi orang kaya kurang berbelanja
ke atas makanan, sebaliknya mereka banyak berhabis pada hiburan dan aktiviti
sosial,” katanya.
Jelas beliau lagi, golongan berpendapatan rendah masih dapat
menikmati sebahagian besar daripada subsidi tersebut.
“Dengan cara ini, sistem ini lebih baik kerana dapat
menjimatkan kos operasi dan mampu menstabilkan harga dalam jangka masa
panjang,” ujarnya.
Mohd Yusof berkata, BR1M ini adalah kebergantungan terhadap
bajet negara dan ia sudah pasti boleh berubah pada bila-bila masa.
“Kalau kerajaan ada duit banyak, bolehlah dapat banyak,
begitulah sebaliknya. Bayangkan, kalau BR1M ini diteruskan, ia tidak ke mana.
Ini kerana, bantuan yang diterima sekitar RM1,200, tetapi penggunaan seharian
adalah melebihi jumlah itu.
“Kerana itu, ia perlu diubah sebelum keadaan menjadi terus
parah,” katanya.
Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak meneruskan pemberian BR1M dengan memperuntukkan sebanyak RM6.8
bilion melibatkan tujuh juta penerima.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel