Connect with us

Berita Lain

Jawatankuasa Khas Banteras Jenayah Siber


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Jenayah Siber
telah ditubuhkan sebagai agensi khas bagi membanteras dan menangani jenayah
siber di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr
Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu
agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan
pendakwaan dapat diselaraskan di bawah satu jawatankuasa serta boleh dilaporkan
terus kepada Jemaah Menteri.
“Pada masa ini, tidak ada satu agensi khusus yang
menerajui penguatkuasaan berhubung isu jenayah siber,” katanya dalam kenyataan
yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas
Jenayah Siber di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya penubuhan jawatankuasa khas itu telah
dipersetujui oleh mesyuarat Jemaah Kabinet 3 Nov lepas.
Salleh berkata mesyuarat hari ini turut meluluskan
fungsi-fungsi bagi Jawatankuasa Khas Jenayah Siber termasuk menjadi ‘focal
point’ kepada Jemaah Menteri dalam urusan berkaitan jenayah siber, memberikan
khidmat nasihat berkaitan dasar serta strategi menangani dan membanteras
jenayah siber kepada Jemaah Menteri.
Selain itu, katanya ia bagi memastikan perkongsian
maklumat yang efisien di antara agensi penguatkuasaan, mengoptimumkan pelbagai
sumber terutama kepakaran di antara agensi penguatkuasaan, mengkaji keperluan
menilai semula undang-undang sedia ada bagi menentukan tindakan penguatkuasaan
yang lebih berkesan sesuai dengan perubahan teknologi maklumat; dan menyediakan
laporan jawatankuasa untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.
“Mesyuarat juga bersetuju bagi pembentukan satu
Jawatankuasa Bertindak yang diterajui NACSA bagi membincangkan perkara-perkara
untuk diputuskan pada peringkat jawatankuasa khas,” katanya.
Salleh berkata Jawatankuasa Khas Membanteras
Penyalahgunaan Media Sosial akan digabungkan dengan Jawatankuasa Khas Jenayah
Siber memandangkan kedua-dua jawatan kuasa itu mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang hampir sama.
Beliau berkata anggota bagi jawatan kuasa khas
berkenaan terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi iaitu Jabatan
Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC), Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Polis
Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan.
Anggota jawatankuasa tambahan terdiri daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia; Bank Negara Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Menurut kenyataan itu, MCMC telah menerima sebanyak
1,792 aduan pada Januari sehingga September tahun ini berbanding 804 aduan awam
diterima dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.
Ini termasuk aduan melibatkan gangguan buli,
gangguan seksual, ancaman, tindakan menakut-nakutkan serta penyalahgunaan
maklumat, butiran atau gambar peribadi bagi tujuan penganiayaan dan untuk
memalukan individu tertentu.
Selain itu, MCMC menerima sebanyak 2,047 aduan
berkaitan ancaman kepada rangkaian pada Januari hingga Ogos lalu, menurutnya. –
BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel