Connect with us

Berita Lain

Kes Bunuh Kevin Morais: Enam Diperintah Bela Diri



KUALA LUMPUR – Enam lelaki diperintah membela diri oleh
Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi daripada pertuduhan membunuh Timbalan
Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas
mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes
pendakwaan, lapor Sinar Online.
“Setelah penelitian maksimum dengan rujukan kes-kes
tersohor, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie
ke atas semua tertuduh dengan niat bersama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dengan ini keenam-enam tertuduh dipanggil untuk membela
diri,”katanya.
Kolonel Dr R Kunaseegaran, 54, R Dinishwaran, 25; AK Thinesh
Kumar, 24; M.Vishwanath, 27; S. Nimalan, 24 dan S Ravi Chandaran, 46, sebelum
ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara jam
7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1
Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Mereka didakwa mengikut 
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Saiful
Edris Zainuddin manakala peguam peguam Datuk N Sivananthan dan Datuk Geethan
Ram Vincent pula mewakili Kunaseegaran manakala V Rajehgopal mewakili  Vishwanath, Nimalan, dan Ravi Chandaran;
peguam M. Manoharan bertindak bagi pihak Dinishwaran dan Thinesh Kumar.
Mahkamah kemudian menetapkan enam hari iaitu pada 18, 19, 25
dan 26 Januari selain 22 dan 23 Februari tahun depan untuk prosiding  perbicaraan membela diri.
Pihak pendakwaan memanggil 
70 saksi pada perbicaraan kes itu yang berlangsung selama 57 hari.
Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September 2015. Dia
dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta di sini dengan menaiki kereta
Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.

Mayatnya ditemui di dalam sebuah tong dram yang disimen di
Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September 2015.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel