Connect with us

Berita Lain

Langkah Kurangkan Impak Kenaikan Harga Minyak



PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengenal pasti langkah
bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga runcit petrol RON95 dan
diesel jika meningkat melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan,
kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata
berdasarkan trend kenaikan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini,
langkah yang diambil akan memastikan rakyat tidak terbeban dan kadar inflasi
terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.
“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan
harga minyak di pasaran dunia yang kini telah mencecah lebih US$60 setong,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kementerian Kewangan berkata pada masa ini,
kerajaan melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut
trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia. di mana langkah
tersebut telah berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi
yang bersasar.
Kementerian Kewangan berkata penetapan harga runcit
RON95 dan diesel dilaksanakan dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah
dunia dan kadar tukaran wang asing.
“Mekanisme penetapan adalah secara mingguan di mana
purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga
bagi minggu berikutnya.
“Sekiranya harga minyak mentah dunia naik maka
harga runcit produk petroleum turut naik, sebaliknya harga runcit akan
berkurang jika harga minyak mentah dunia turun,” katanya.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan berkata kerajaan
masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan serta gas
petroleum cecair (LPG).

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan
diesel bagi tempoh 16 hingga 22 Nov masing-masing adalah RM2.38, RM2.66 dan
RM2.25 seliter. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel