Connect with us

Berita Lain

Pemilik ‘Zurin Jundi’ Didakwa Tipu Wanita



JOHOR BAHRU – Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin
Jundi’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu
seorang wanita membabitkan kerugian berjumlah RM8,500 pada tahun ini.
Zurina Ahmad Zundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah
atas tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd
Allias.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Nor Ika
Nadzirah Sirajudin supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai
bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang telah berlangsung
pada 16 Sept lepas.
Kesalahan itu dilakukan di butik Zurin Jundi Wedding Planner
di Bandar Baru Uda di antara 22 Mac hingga 13 Mei tahun ini.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang
jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu penjara tidak
lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang
penjamin terhadap tertuduh dan  17
Disember depan sebagai tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd
Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel