Connect with us

Berita Lain

PAS: Apa Relevannya Kembali Kepada Mahathir?


Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata tiada
sebab untuk rakyat Malaysia meletakkan harapan memulihkan negara kepada Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ini kerana di zaman pentadbiran bekas
perdana itu negara berhadapan pelbagai peristiwa dan pergolakan, seperti
peristiwa Memali 1985, krisis dengan Raja-Raja Melayu pada 1993 sehinggalah
kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan gerakan Reformasi
pada 1998.
“Saya tak nampak apa relevannya untuk memberikan semula
kepercayaan kepada Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah hari ini kita cuba membersihkan pelbagai
‘penyakit’ yang berpunca dari zamannya menjadi perdana menteri,” katanya
kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan
Mahathir yang buat pertama kali mendesak pembebasan bekas musuh ketatnya,
Anwar, dalam satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi Amerika Syarikat
Kimberley Motley minggu lalu.
Ahmad Fadhli yang juga ketua Pemuda PAS Kelantan berkata,
Mahathir adalah seorang yang tidak kisah membuat pendirian yang berubah-berubah
demi politik.
“Kita tahu HARAPAN tiada tokoh dan memerlukan Mahathir
sebagai pemimpin untuk dijadikan rujukan. Mereka masih ada masa untuk menilai
semula (soal itu), jangan sampai menyesal selepas ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, Mahathir yang kini menjadi pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) – komponen dalam Pakatan Harapan – juga
dilaporkan menjadi calon perdana menteri HARAPAN jika menang pada pilihan raya
umum (PRU) akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun, cadangan itu dikatakan belum muktamad.
Beliau berkata Mahathir akan sekali lagi “menghancurkan
negara” jika diberi peluang kembali ke tampuk perdana menteri.
Pendirian itu senada dengan anggota Jawatankuasa PAS Pusat
Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa “agenda reformasi” sejak dua dekad
lalu akan berkubur jika perkara itu berlaku.
“Rakyat wajib menolak kepimpinan Mahathir dan memberi
kepercayaan kepada PAS untuk mentadbir negara selepas PRU ke-14,” kata
Ahmad Fadhli.



Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel