Connect with us

Berita Lain

Rahman Dahlan Lantik Peguam Kaji Guna Semua Saluran Undang-Undang Ke Atas Rafizi


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Abdul Rahman Dahlan telah melantik peguam untuk mengkaji semua saluran
undang-undang yang boleh digunakan ke atas naib presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Rafizi Ramli.
Dalam satu kenyataan, Abdul Rahman berkata tindakan itu
diambil untuk menghentikan fitnah berterusan yang dibuat oleh Rafizi.
“Pada Isnin, Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR mengadakan
sidang media dan mendakwa saya melantik abang saya sebagai kontraktor utama
bagi penganjuran Ekspo Negaraku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada sidang media yang sama, Rafizi Ramli dengan yakin
menyatakan beliau telah melakukan penyelidikan menyeluruh dan pelbagai siasatan
dan hasilnya membuktikan bahawa Raslan Dahlan, ketua pegawai eksekutif PICO
Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd memang saudara saya.
“Seperti banyak kenyataan yang dibuat oleh Rafizi, ini
adalah satu pembohongan terang-terang yang tidak sesuai dengan kedudukannya
sebagai anggota Parlimen. Dia begitu yakin dan bersemangat apabila membuat
dakwaan ini. Selepas mengulangi dakwaan itu sebanyak sembilan kali, Rafizi
tentu mempercayai pembohongannya sendiri,” kata beliau.
Rafizi dalam laporan berita pada Isnin mendakwa bahawa
kontrak besar kerajaan diberikan kepada sebuah syarikat yang diketuai oleh
saudara kandung Abdul Rahman.
Anggota Parlimen Pandan itu kemudian terpaksa mengeluarkan
catatannya setelah mendapati bahawa Raslan Dahlan yang dirujuknya bukan abang
Abdul Rahman.
Dalam kenyataan itu, Abdul Rahman mendakwa bahawa bahasa badan
Rafizi, perilaku dan nada suara Rafizi dalam sidang media ialah untuk
meyakinkan penonton mengenai tuduhan yang berbaur fitnah ke atas beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Abdul Rahman berkata beliau mempunyai bukti bahawa Rafizi
telah menghubungi Raslan Dahlan sebaik sahaja selepas sidang media itu menerusi
Facebook, dengan bertanya sama ada Raslan sebenarnya adalah abang Abdul Rahman.
“Ini menunjukkan bahawa Rafizi tidak pasti mengenai
fakta-fakta itu. Tetapi demi mencapai cita-cita politiknya, beliau terus
memfitnah saya,” kata beliau.
Kenyataan itu berkata Abdul Rahman turut terkilan dengan
hakikat bahawa Rafizi menuduh pegawai Unit Perancang Ekonomi (EPU) membocorkan
maklumat yang tidak tepat dalam percubaan untuk menimbulkan perselisihan antara
pegawai EPU dan beliau.

Advertisement
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel