Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir Bertanya, Pepsi Atau Coke?

Foto: TMI

Terkejut saya apabila diberitahu pemilihan dalam PRU 14 ini
tidak lebih dari pemilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola. Oleh itu apa
perlunya kita mengundi.
Begitu rendahkah kebolehan kita berfikir dan membuat
bandingan?
Jika ditanya antara Proton dengan Rolls Royce, yang mana
satu yang nak dipilih? Mana-mana sahajalah. Apa bezanya antara Proton dengan
Rolls Royce. Kedua-duanya kereta bermotor, tak lebih dari itu.

Keputusan yang dibuat ialah untuk tidak membeli Proton atau
Rolls Royce. Kereta bermotor boleh terlibat dengan kemalangan. Adalah lebih
baik berjalan kaki.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tetapi semasa melintas jalan sahabat ini tergilis dengan
sebuah kereta – kereta Rolls Royce.
Dia tak tahu kerana dah maut. Sebenarnya Rolls Royce itu
dipandu pencuri kereta itu.
Ini cerita dongeng. Tetapi cerita ini sama dengan membuat
pilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola.
Sama ada cerita ini dapat difahami atau tidak bergantung
kepada kebolehan pembaca. Jika kebolehan rendah maka terjadilah tafsiran
seperti yang dibuat terhadap soalan saya berkenaan daging babi.
Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada daya fikir
bangsa itu.
Dalam Al Quran berkali-kali terdapat ayat yang menyentuh
daya-fikir manusia. Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih tidak
faham dan tidak percaya. Ayat menyoal, tidakkah kamu berfikir, mengguna akal
fikiran.
Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak
jahiliah. Jika kita tergolong dalam puak ini, tak mungkin kita bezakan antara
yang bertanding. Dan mustahil kita akan maju.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam pilihan raya
14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca pun kita tak dapat, apatah lagi
antara BN dengan HARAPAN. Tentu terlalu berat bagi kita.
Oleh itu jangan pilih. Selamatlah kita.
Selamatkah?
Tepuk dada. Tanya selera.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang
kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
Rencana ini pertama kali dimuatnaik di blognya dengan tajuk
“Pepsi atau Coke”. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan
tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel