Connect with us

Berita Lain

Dr M Kembali Berpolitik Sebahagian Tanda Taubat, Kata Ahli Akademik


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata,
keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali aktif berpolitik boleh dilihat
sebagai satu bentuk taubat.
Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid, seorang pensyarah sains
politik di Universiti Sains Malaysia, berkata taubat boleh diamalkan dalam
pelbagai bentuk dan tidak semestinya dikaitkan dengan usia.
“Tidak betul untuk mengklasifikasikan taubat dengan pergi ke
madrasah untuk belajar Islam atau sembahyang,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas serangan pendakwah kontroversi, Zamihan Mat
Zin ke atas pengerusi PPBM itu yang dinamakan Pakatan Harapan sebagai calon
perdana menteri mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sabtu lalu, Zamihan yang merupakan pegawai Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan Dr Mahathir bertaubat atas kesilapannya
sepanjang 22 tahun memerintah negara dan jangan terbabit dalam politik lagi.
“…masa kita berkuasa kita buat macam-macam. Kita sanggup
keluarkan arahan yang melukakan hati rakyat, meragut nyawa rakyat. Tetapi bila
orang lain memerintah kita kata tak betul, tak benar, tak maju, tak patut.
“Bagi saya, orang tua yang sudah berkuasa lebih 22 tahun
sepatutnya masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-banyak, bertaubat mohon
maaf kepada manusia atas kesilapan yang lalu.
“…dan membuat amal jariah yang banyak untuk akhirat.
Sepatutnya tak payah fikir politik kalau sudah tua bangka, nak dekat mati ini,”
katanya ketika diwawancara Watan Online yang disiarkan secara langsung di
Facebook Sabtu lalu.


Fauzi berkata, tindakan bekas perdana menteri itu kembali
aktif berpolitik pada usia 92 tahun mungkin merupakan caranya untuk membetulkan
kesilapan yang dilakukannya ketika beliau menerajui negara.
“Beliau ada keinginan untuk membetulkan kesilapannya dan itu
boleh dianggap caranya bertaubat.
“Taubat boleh mengenai tekad anda mahu menebus kesilapan
yang dilakukan terhadap orang lain. Islam bukan hanya mengenai hubungan
seseorang dengan Tuhan, tetapi juga tingkah lakunya sesama manusia dan bukan
hanya umat Islam.
“Mungkin itu adalah apa yang Mahathir sedang lakukan, beliau
rasa perlu bertanggungjawab.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Fauzi berkata, soal usia tidak relevan kerana sesiapa sahaja
boleh mati pada bila-bila masa, tidak kira tua atau muda.
Katanya, ramai pendakwah seolah-olah memfokuskan teks agama
tanpa memahami konteksnya.
“Untuk menjadi seorang pendakwah atau ulama holistik, kita
perlu mempunyai kombinasi pelbagai aspek pengetahuan.
“Bukan hanya pengetahuan dalam tawhid dan fiqh, tetapi juga
pengetahuan praktikal berdasarkan realiti sosial.
“Perlu ada keseimbangan antara sains agama dan sains sosial.
Apabila berlaku ketidakseimbangan, ekstremisme dengan mudah berlaku,” kata
Fauzi.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel