Connect with us

Berita Lain

UiTM Bayar RM8,000 Elak Daripada Disita


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melanjutkan
tarikh untuk tindakan menyita Universiti Teknologi MARA (UiTM) disini selepas
peguam caranya membayar kos sebanyak RM8,000 melalui cek kepada Mutiara
Gemilang Engineering Sdn. Bhd.

Peguam bela Mutiara Gemilang, Nur Aliah Selamat berkata,
tindakan mahu menyita sebelum ini diambil berikutan kegagalan UiTM dalam dalam
permohonan membatalkan saman Mutiara Gemilang Engineering.
“Ia adalah jumlah penghakiman bertarikh 2 Ogos 2017 dan 20 November
2017. Kami telah meminta pihak peguam cara UiTM memberikan jumlah RM8,000
kepada pihak kami seawal November 2017 namun tidak dibayar
“Namun kira-kira 9.10 pagi pihak kami telah mendapat satu
cek penyelesaian daripada peguam cara UiTM (defendan) untuk jumlah RM8,000 itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Untuk penyitaan itu telah dilanjutkan tarikhnya oleh
mahakamah selama empat hari dan mahkamah akan tetapkan tarikh baru, jadi kita
kena tunggu sampai cek itu ditunaikan,” katanya pada sidang media di lobi
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Sebelum ini, UiTM didapati ingkar membayar kos tersebut
sebanyak RM8,000 kepada Mutiara Gemilang Engineering dan kegagalan itu
menyebakan plaintif telah memfailkan prosiding sita dan jual sebarang barangan
UiTM untuk tujuan melunaskan kos tertunggak tersebut.
Pada 20 April tahun lepas, UiTM telah menerima saman
berjumlah RM40.8 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan tempatan akibat
pelanggaran kontrak pembayaran.
Saman tersebut difailkan oleh Mutiara Gemilang Engineering
di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menerusi tuntutan saman itu, Mutiara Gemilang Engineering
dan UiTM telah membuat perjanjian projek membekal, menghantar, memasang,
menguji dan mentauliahkan keseluruhan mesin dan peralatan bagi semua kursus di
Kampus Baru UiTM Puncak Alam, Selangor.
Perjanjian itu melalui Surat Setuju Terima Tawaran pada 9
Disember 2010 dengan nilai kontrak RM134.5 juta.
“Berdasarkan terma-terma perjanjian projek tersebut, selepas
kerja-kerja siap, prosedur pembayaran secara berperingkat perlu dibuat kepada
plaintif iaitu Mutiara Gemilang Engineering Sdn. Bhd.
“Namun UiTM selaku defendan telah dengan salah, defektif,
tidak sah dan melanggarkan undang-undang kerana membuat satu pembayaran
berjumlah RM11 juta kepada seorang individu yang dimasukkan ke dalam akaun
peribadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pembayaran salah itu telah mengakibatkan kemudaratan
kewangan teruk dan serius kepada plaintif yang telah menanggung kerugian amat
tinggi kerana terpaksa mencari sumber-sumber kewangan lain dengan membuat
pinjaman daripada pihak-pihak ketiga dan akhirnya menjatuhkan bajet kewangan,”
katanya.
Aliah bagaimanapun berkata, kes itu tidak selesai secara
keseluruhan dan bayaran RM8,000 adalah sebahagian daripada kes saman UiTM
berjumlah RM40.8 juta.
“Kes ini bukan selesai secara keseluruhan, jumlah RM8,000 hanya
untuk penghakiman bagi dua permohonan itu, jumlah keseluruhan dalam lebih RM40
juta.
“Cuma untuk sita ini nak kata selesai atau tidak kita kena
tengok kepada cek itu dapat ditunaikan atau tidak,” katanya lagi. 

Sumber: MalaysiaGazette.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel