Friday, December 05, 2025

Suami Kentut di Muka Isteri Didakwa

March 17, 2018
1 min read

Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan
kecederaan terhadap isterinya yang mencemuhnya kerana membuang angin di hadapan
muka mangsa, awal tahun lalu.
Mohd. Nizam Uri, 33, didakwa melakukan perbuatan itu
terhadap Alimaton Ali, 40, di sebuah rumah di Jalan 2/7, Taman Dagang, dekat
sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 1 Januari 2017.
Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan jaminan RM8,000
dengan seorang penjamin namun Mohd. Nizam yang tidak diwakili peguam merayu
jaminan dikurangkan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Majistret Haslinda A. Raof membenarkan tertuduh diikat jamin
RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini untuk sebutan semula
kes.
Difahamkan tertuduh bertindak mencederakan mangsa yang juga
pengadu dalam kes ini selepas isterinya menyuruh tertuduh pergi ke kedai untuk
membeli gas kerana hendak memasak. Kemudian tertuduh telah berdiri
membelakangkan punggungnya ke arah muka mangsa dan kentut di hadapan isterinya.
Pengadu telah memanggil tertuduh dengan perkataan kesat dan
secara tiba-tiba tertuduh berang lalu bertindak agresif dengan menampar muka
isterinya berkali-kali dan menumbuk seluruh anggota badan selain menghantukkan
kepala mangsa ke dinding.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali