Connect with us

Jenayah

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki yang menyamar jadi polis.

Menurut laporan Kosmo! Kejadian yang berlaku Khamis lalu itu menyebabkan mangsa yang merupakan lelaki berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu mangsa yang sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran di sini didatangi tiga lelaki memakai pelitup muka yang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Mangsa kemudiannya telah digari dan ditutup mulut dengan pita pelekat serta dibawa ke sebuah rumah sebelum suspek meminta telefon bimbit, beg duit dan serta kata laluan akaun bank mangsa.

Advertisement

“Pada 1.30 pagi keesokan harinya mangsa telah dibawa keluar daripada rumah berkenaan dan ditinggalkan di kawasan Perkuburan Cina Bukit Ubi di sini sebelum mangsa berjalan kaki ke tempat penginapannya di sini,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada sebarang senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Menurutnya kes diklasifikasi bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Katanya pada masa ini pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan rakan mangsa.

Tonton video penuh kejadian klik SINI

Advertisement

“Pihak polis telah melawat tempat kejadian dan mengesan saksi serta membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar,”ujarnya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel