Connect with us

Jenayah

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang hari ini.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan Selangor FC Mahfizul Rusydin Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Saya boleh sahkan benda ini berlaku. Insya-Allah malam ini kita keluarkan kenyataan rasmi tapi saya tak boleh komen panjang,” katanya.

Ditanya keadaan pemain berusia 26 tahun yang dikenali dengan julukan “Mickey”, Mahfizul Rusydin enggan mengulas lanjut buat masa ini bagi melindungi pemain berkenaan selain tidak mempunyai butiran.

Advertisement

Terdahulu, tular di laman X mengenai kejadian yang menimpa Faisal Halim yang juga merupakan pemain kebangsaan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di laman X mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet serta meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

Setakat ini, pihak media masih menunggu pengesahan daripada pihak polis yang dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Sementara itu, Selangor FC dalam laman X rasminya memaklumkan pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan akan bekerjasama dengan PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sesiapa yang terlibat dalam kejadian menimpa pemain itu petang tadi

“Dukacita dimaklumkan bahawa pemain Selangor FC, Faisal Halim telah menjadi mangsa serangan asid.

Advertisement

“Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini,” menurut kenyataan itu.

Ini merupakan kejadian kedua menimpa pemain negara selepas pemain sayap Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Icon Residence, Kuala Terengganu.

Pada Jumaat (3 Mei), Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 25 tahun itu diserang ketika turun dari kereta selepas pulang menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata mangsa dipukul dengan cota besi boleh laras oleh dua suspek tidak dikenali yang memakai topeng muka pakaian serta pakaian serba hitam.

Azli memaklumkan hari ini polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes samun Akhyar.

Advertisement

– BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel