Monday, December 08, 2025

RUU Antiberita Tidak Benar Dibentangkan

March 26, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak
Benar 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.
RUU tersebut memperuntukkan denda maksimum sehingga
RM500,000 atau 10 tahun penjara boleh dikenakan terhadap individu yang
mengadakan, menawarkan dan menerbitkan berita atau penerbitan yang mengandungi
berita tidak benar jika disabitkan kesalahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama
kesalahan itu dikenakan kepada pesalah tersebut jika kesalahan itu dilakukan
secara berterusan.
Manakala denda sehingga RM100,000 juga boleh dikenakan
terhadap individu atau pihak yang memiliki berita tidak benar dan tidak
menghapuskannya.
Mahkamah juga boleh memerintah pesalah membuat permohonan
maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat sama ada di mahkamah ataupun
melalui akhbar.
Malah RUU ini tidak hanya terhad kepada rakyat Malaysia,
bahkan ia turut terpakai kepada warga asing yang menyebarkan berita tidak benar
mengenai negara atau menyentuh rakyat negara ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Individu yang bersubahat juga tidak terlepas dikenakan
hukuman sama yang dikenakan terhadap pesalah iaitu mereka yang menyalurkan dana
dalam bentuk kewangan atau yang terlibat dalam penyebaran berita tidak benar. –
Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti