Connect with us

Berita Lain

Pecah Rumah Untuk Biayai Sakit Jantung Anak


Saya terpaksa lakukannya tuan hakim, anak saya baru lahir
sakit jantung dan perlukan wang RM80,000 untuk rawatan,” demikian rayuan
seorang bapa yang juga penghidap HIV ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret
Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Norhafizi Halipah, 43, membuat pengakuan itu ketika merayu
hukuman terhadapnya diringankan atas tuduhan cuba memecah masuk sebuah rumah,
Ahad lalu.
Tertuduh yang didakwa di hadapan Majistret Mohd Firdaus
Saleh, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan, Norhafizi didakwa cuba memecah rumah di
Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira jam 2 petang, pada 11 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca
bersama Seksyen 511 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga
tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguambela merayu
hukuman diringankan dengan alasan menghidap HIV.
“Saya mohon hukuman ringan kerana isteri tidak berkerja dan
sakit seperti saya, selain menanggung dua anak termasuk yang baru lahir.
“Saya terpaksa lakukan ini untuk dapatkan wang untuk anak
kecil yang sakit jantung,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari
mencadangkan hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh supaya menjadi
pengajaran, selain mengambil kira tertuduh mempunyai rekod jenayah berkaitan
dadah dan menyalahi akta kesalahan kecil.
Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh dipenjara lapan bulan
dari tarikh ditangkap 11 Mac lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengikut fakta kes, pada jam 2.15 petang, Ahad lalu, pengadu
yang juga anggota polis di Balai Polis Batu Berendam menerima panggilan telefon
daripada seorang wanita yang mendakwa melihat seorang lelaki berkepala botak
dan berbaju merah memecah masuk rumah jirannya di Taman Merdeka di sini.
Bertindak atas maklumat, Koperal Jazlan Mohamad Nor dari
balai polis itu ke lokasi kejadian dan melihat tertuduh di atas motosikal Honda
Wave berwarna hitam di hadapan sebuah rumah dan cuba melarikan diri, sebelum
berjaya ditahan.
Pemeriksaan ke atas tertuduh menemui beberapa peralatan
pecah rumah di dalam beg yang dibawanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel