Connect with us

Berita Lain

Datin Cederakan Pembantu Rumah Terima Hukuman Setimpal, Dipenjara 8 Tahun


SHAH ALAM – Bon berkelakuan baik, hukuman bagi ‘Datin’ yang
mencederakan pembantu rumahnya sebelum ini diketepikan Mahkamah Tinggi di sini
hari ini dan menggantikannya dengan hukuman penjara lapan tahun.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu ke atas Datin Rozita
Mohamad Ali, 44, selepas mengetepikan bon berkelakuan baik selama lima tahun
yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 15 Mac lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah
berpendapat bon berkelakuan baik yang dikenakan ke atas tertuduh adalah tidak
wajar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas mahkamah
turut menolak permohonan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili
tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Pada 15 Mac lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan
bon berkelakuan baik itu dengan jaminan RM20,000 terhadap Rozita selepas wanita
itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen
326 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga
Indonesia Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, sebatang mop,
sekaki payung, sebatang besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju
sebagai senjata untuk menyerang.
Kesalahan yang membolehkan wanita berkenaan dipenjara
maksimum 20 tahun dan denda itu, didakwa dilakukan di sebuah rumah, di Mutiara
Damansara, Petaling Jaya, antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.
Keputusan Mahkamah Sesyen terhadap kes itu sebelum ini
menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak termasuk dalam kalangan pengamal
undang-undang yang menyifatkan hukuman dikenakan terlalu ringan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Susulan itu, pihak pendakwaan memohon semakan terhadap
hukuman bon tersebut.
Rozita sebelum ini dibicarakan atas tuduhan asal iaitu
cubaan membunuh Suyanti mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika cedera dan seumur hidup
jika menyebabkan kematian, jika sabit kesalahan.


Tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah terhadap
pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaanu, selepas 10 saksi
pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei
tahun lepas. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel