Tuesday, December 09, 2025

Mark Adam ‘bos sporting’ kata Adeep

by
May 3, 2018
1 min read

Mark (kiri) beri cuti kepada Adeep demi menjayakan GGV2018. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ


PENYANYI dan guru vokal, Adeep Nahar, 40, mengakui dia mendapat sokongan padu daripada majikannya yang juga penyanyi, Mark Adam untuk bersaing dalam Gema Gegar Vaganza 2018 (GGV 2018) ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Adeep atau Abdul Mutalib Nahar berkata Mark juga sanggup membenarkan dia bercuti seketika daripada menjadi guru vokal di Akademi Suara miliknya untuk memberi fokus kepada GGV 2018.


“Meskipun, saya dan Mark berkawan baik dan kami pun bagaikan saudara tetapi saya tetap menghormati dia sebagai majikan.


“Sebaik mendapat tawaran untuk bersaing dalam GGV 2018, saya terus berbincang dengannya dan dia (Mark) minta saya ambil peluang itu.


“Mark tahu minat mendalam saya terhadap nyanyian dan keinginan bergerak secara solo sebagai penyanyi. Jadi, dia minta saya lakukannya untuk diri sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya sangat hargai sokongan diberikan oleh Mark dan pada masa sama terima kasih juga kepada peminat dan penonton yang terhibur dengan persembahan saya dalam GGV 2018,” katanya.


Pada Sabtu ini, Adeep akan bersaing pada separuh akhir bersama tujuh lagi peserta iaitu Fitri Haris, Awi Rafael, kumpulan InTeam, Brothers, Mestica, Devotes serta duo, Heliza dan Hazwani.


Mengulas mengenai dirinya yang disebut-sebut bakal juara program itu, Adeep berkata masih terlalu awal untuk membuat ramalan.


“Sebenarnya, saya sendiri gementar kerana tidak tahu nasib sama ada layak ke pentas final GGV 2018 atau tidak. Persaingan sangat hebat.


“Saya tidak berani untuk terlalu yakin sekarang dan apa yang difikirkan mahu membuat persembahan yang baik.


“Apapun, saya hargai ucapan dan kata-kata positif kerana semuanya adalah doa. Kalau saya jadi juara, Alhamdulillah,” katanya.


Adeep berkata apa yang paling utama baginya kini ialah GGV 2018 dilihat sebagai platform terbaik untuk menyerlahkan bakatnya sebagai penyanyi solo.


Terdahulu, pada awal karier nyanyiannya Adeep pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan kemudiannya dia bersama kumpulan Muhibbain pula.


-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,