Friday, December 05, 2025

Eddie (Wings) dimasukkan ke Hospital Ampang

by
May 4, 2018
1 min read



PEMAIN gitar bes kumpulan Wings iaitu Eddie dimasukkan ke Hospital Ampang Kuala Lumpur pada Rabu lalu akibat demam denggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Anak perempuannya yang juga penyanyi Bila atau Nur Najmi Nabila, 22, berkata, keadaan bapanya itu semakin stabil sejak mendapatkan rawatan walaupun pada awalnya keadaan Eddie agak membimbangkan.


“Benar ayah saya dimasukkan ke hospital kerana denggi sejak dua hari lalu.


“Alhamdulillah keadaannya semakin stabil dan dia berasa ralat juga sebab tak dapat hadir ke sidang media bersama Wings petang ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sebelum itu, vokalis Wings, Datuk Awie memaklumkan Eddie tidak dapat hadir ke sidang media bersempena program Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman di Hotel Premiera kerana dimasukkan ke hospital.


Dalam pada itu, Bila berkata, bapanya mengalami demam berterusan sejak seminggu lalu sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.


“Pada awalnya hairan juga kerana demamnya tak kebah-kebah sampai lemah dan tak bermaya.


“Alhamdulillah selepas dua hari dimasukkan ke hospital keadaannya semakin pulih… tiada muntah-muntah dan selera makannya juga semakin baik,” ujarnya.


-mstaronline

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,