Connect with us

Berita Lain

PRU14: PDRM Siasat Panggilan Telefon Misteri


KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat panggilan telefon
misteri yang dikatakan diterima beberapa pemimpin parti politik serta pegawai
kanan kerajaan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini,
kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Antara yang mendakwa menerima panggilan tidak berjawab
daripada nombor luar negara ialah Naib Presiden UMNO, ​​​​​​Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein; Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said serta pemimpin
pembangkang seperti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan
Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Telefon bimbit saya turut menjadi mangsa serangan (terima
panggilan misteri) seawal 5 pagi tadi yang memaparkan nombor asing daripada
pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Mohamad Fuzi pada sidang akhbar
selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar di sini,
hari ini.
Beliau berkata polis percaya tindakan itu dibuat untuk
mengganggu proses pemantauan hubungan komunikasi PRU14 antara pemimpin politik
dan jentera parti masing-masing.
“Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang menjalankan siasatan
terperinci,“ katanya.
Mohamad Fuzi berkata PDRM sedang mengenal pasti pihak yang
melakukan kegiatan itu dan menganggap ia berniat jahat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hishammuddin menerusi akaun Twitter @HishammuddinH20 berkata
beliau baru sahaja selesai mengundi apabila menyedari ada panggilan tidak
berjawab daripada nombor-nombor tidak dikenali manakala Salleh turut menerima
banyak panggilan spam pagi ini daripada nombor-nombor tidak dikenali, baik dari
dalam mahupun luar negara.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata
telefon bimbit serta e-mel utama kebanyakan calon Pakatan Harapan menjadi
sasaran serangan gaya baharu tersebut. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel