Connect with us

Berita Lain

TPM Mengundi Di Madrasah Manbail Ulum


BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di Madrasah Manbail Ulum Sungai
Nipah Darat, Rungkup di sini pagi ini.
Ahmad Zahid, 65, yang juga calon Barisan Nasional (BN)
Parlimen Bagan Datuk, berpakaian baju korporat berwarna merah putih ,tiba di
perkarangan madrasah itu pada pukul 8.01 pagi.
Beliau diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan anak
sulung, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi itu buat penggal
keenam merupakan pengundi pertama yang mengundi di pusat mengundi itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang merupakan
penyandang kerusi berkenaan selama lima penggal sejak 1995 berdepan calon PKR
Pakhrurrazi Arshad dan Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS).
Pada PRU13, Ahmad Zahid menewaskan calon PKR, Madhi Hasan
dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 2,108 undi.
Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 92 saluran dibuka di Bagan
Datuk hari ini bagi proses mengundi bersempena PRU14 yang melibatkan 47,309
pengundi. -BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel