Connect with us

Berita Lain

Beberapa Ketua Jabatan Mungkin Digugur: Tun M


PETALING JAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan
menggugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat melakukan perkara
tidak membawa kebaikan kepada negara ketika era kepemimpinan kerajaan
terdahulu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata itu antara
agenda pembaharuan yang akan dilaksana sebaik dilantik
mengetuai kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Langkah itu, kata beliau perlu bagi memastikan pentadbiran
kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan.
“Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya
dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang
kleptokrasi.
“Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan
terdahulu).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya akan pulangkan semula (duit mereka),”
katanya pada sidang media di sini, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri ketujuh, semalam.
Dr Mahathir berkata, negara juga ketika ini dibelenggu
masalah pengurusan kewangan, selepas Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan
hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu daripada institusi kewangan berjumlah
hampir RM800 bilion.
“Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi
dipercayai mencecah RM1 trilion,” katanya.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel