Connect with us

Berita Lain

Pakatan Harapan Sah Sebagai Sebuah Gabungan Parti Politik

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin – Foto: Malay Mail

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) telah diluluskan sebagai
sebuah parti gabungan empat parti yang sah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, yang
dinamakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri
berkata, permohonan PH sebagai parti gabungan diluluskan oleh Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (RoS) semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

PH adalah gabungan parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat
(PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PPBM.
“Pada malam ini saya ingin umumkan sebagai Menteri
Dalam Negeri, suatu keputusan yang telah lama kita tunggu-tunggu, walaupun
tanpa penglibatan saya kerana saya belum mengangkat sumpah, tetapi tindakan
dilakukan melalui peringkat Ketua Setiausaha kementerian yang telah memaklumkan
bahawa pendaftaran Pakatan Harapan telah diluluskan hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Merdeka
Rakyat bagi meraikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Padang Timur, di sini malam tadi. Turut hadir, isteri Anwar, Datin Seri Wan
Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Presiden
Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel