Connect with us

Berita Lain

1MDB: Rupanya Kementerian Kewangan Bayar Hutang


KEMENTERIAN Kewangan sudah menanggung pembayaran hutang
1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah berkenaan
adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International
Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM5.05 bilion.
“Perkara ini mengesahkan rasa curiga umum mengenai 1MDB yang
selama ini mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah membayar hutang
menerusi program rasionalisasi yang berjaya sedangkan Kementerian Kewangan yang
selama ini menyelamatkan 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lebih buruk, senarai pembayaran hutang terkini itu hanya
membabitkan faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.
“Itu belum lagi mengambil kira hutang berbilion ringgit yang
akan matang bermula tahun 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai
Menteri Kewangan di Putrajaya, sebentar tadi.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk
Siti Zauyah Mohd Desa.
Mengulas lanjut, Lim berkata, pihaknya juga perlu melunaskan
bayaran faedah pinjaman 1MDB berjumlah RM143.75 juta pada 30 Mei ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu katanya, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah
pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan di antara September hingga November
ini.
“Saya dimaklumkan Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun ini. Beliau sehingga hari ini
menegaskan yang 1MDB mampu membayar hutangnya.
“Sehubungan itu, saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda
supaya memberi penjelasan sama ada 1MDB masih mampu membayar hutang yang akan
berakhir minggu depan.
“Saya juga telah meminta untuk berjumpa dengan Pengarah
1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob bagi memberi penjelasan
kepada kementerian mengenai situasi semasa dalam 1MDB,” katanya.



– Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel