Connect with us

Berita Lain

Sah, Hutang Negara Lebih RM1 Trilion


PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mengesahkan hutang negara
kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion seperti diumumkan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui bahawa hutang negara
kini sudah melebihi RM1 trilion dan ia dalam proses kajian semula, memandangkan
angka-angka tertentu masih belum dapat disatukan kerana terdapat beberapa akaun
dan fail tertentu tidak dapat diakses.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ya, saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Tun
Mahathir…hutang negara kini sememangnya melebihi RM1 trilion.
“Saya fikir ia akan dikaji semula apabila penemuan semua
angka dapat disatukan. Sekarang ini masih ada beberapa akaun dan fail yang
tidak dapat diakses, nanti kita akan dapat angka sebenar hutang negara,”
katanya ketika sidang media di Kementerian Kewangan, hari ini.
Selain itu, Guan Eng berkata, tuduhan dan dakwaan yang
dibuat terhadapnya berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran
semata-mata bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali, lapor Sinar Harian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tuduhan dan dakwaan dibuat ke atas saya oleh kerajaan lama
adalah semata-mata satu tuduhan bermotifkan politik dan tidak berasas yang
sebenarnya.
“Tapi saya tak boleh tambah lebih kerana perlu benarkan
proses undang-undang dijalankan, rakyat pun setuju bahawa dakwaan ini bermotif
politik,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel