Connect with us

Berita Lain

GST 0%: Peniaga keliru, harga masih kekal

SEBAHAGIAN peniaga di pusat membeli belah sudah mula membuat pemotogan 0% peratus GST yang akan dilaksanakan bermula 1 Jun. FOTO/HALIM SALLEH


SEHARI sebelum pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga barang basah dan keperluan harian masih stabil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Tinjauan NSTP ke pasar Chow Kit mendapati barangan seperti ayam, harganya kekal RM7.50 hingga RM8 sekilogram, daging lembu RM40 sekilogram dan sayur bayam berharga antara RM5 hingga RM6.


Selain barang basah, barang keperluan seperti telur gred A, dicaj pada harga RM4.50 untuk 12 biji, beras Super Tempatan (ST15) berharga RM13 bagi lima Kilogram (kg) manakala tepung gandum juga dikatakan kekal pada harga RM2 sekilogram.


Bagaimanapun, tiada tanda penurunan harga barang untuk esok, sebaliknya peniaga pasar terbabit mempersoalkan mekanisma pelaksanaan kadar sifar GST itu berikutan mereka tidak mampu menurunkan harga.


Peniaga, Fadzil Wahab, 55, berkata setakat hari ini harga barang masih sama dan mengikut harga kawalan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya tahun ini graf harga barangan mendatar iaitu tiada kenaikan, namun untuk peniaga menurunkan harga barang ia sangat sukar.


“Sejak pembentukan kerajaan baru, sukar untuk kami tetapkan harga sendiri dan sekiranya pelaksanaan kadar sifar GST dikuatkuasa esok, bagaimana untuk kami turunkan barang sedangkan harga barang itu sendiri mahal.


“Saya cadangkan kerajaan perlu tetapkan harga barang itu sendiri, beri ketetapan untuk jenis barang dan berapa harga yang sepatutnya dikenakan,” katanya ketika ditemui, sebentar tadi.


Bagi peniaga, Jesy Tay, 33, dia juga mempunyai pendapat yang sama mengenai harga barang yang mendatar pada musim perayaan.


“Kita akan terus kekalkan harga barang ini selagi tiada ketetapan mengenai harga baru.


“Malah kami juga tidak terima aduan mengenai harga barang, kerana ia masih sama,” katanya.


Sebelum ini, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan kadar sifar GST yang akan berkuatkuasa 1 Jun dan ia akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September depan.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata susulan pelaksanaan kadar sifar GST itu, harga semua barangan yang selama ini dikenakan cukai terbabit, sepatutnya turun sekurang-kurangnya sebanyak enam peratus.


Peniaga juga diberi amaran supaya mematuhi pelaksanaan GST pada kadar atau bakal berdepan tindakan tegas.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel