Connect with us

Berita Lain

Jutawan Ting Pek Khiing Bakal Laksana Projek RM30 Bilion Di Langkawi


Selepas mendiamkan diri sejak 16 tahun yang lalu, pemaju
hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing akan melaksanakan projek pembangunan berbilion
ringgit di Langkawi.
Projek Bandaraya Baharu Langkawi, yang dijangka bernilai
kira-kira RM30 bilion itu akan dibangunkan di atas 81 hektar tanah yang ditebus
guna di barat pulau berkenaan.
Projek itu, yang akan dilaksanakan oleh kumpulan syarikatnya
akan dilancarkan esok, katanya pada taklimat media mengenai projek tersebut di Langkawi,
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ting berkata, projek itu akan melibatkan pembinaan kira-kira
30,000 unit kondominium mewah, pusat komersil, kemudahan dermaga untuk kapal
penumpang dan kapal layar serta kemudahan lain.
“Beberapa syarikat dalam kumpulan kami akan terlibat
dalam pembangunan yang dijangka selesai dalam masa 10 tahun atau lebih awal
lagi,” katanya tanpa mendedahkan nama syarikat yang terlibat.
Menurutnya, projek berkenaan akan merangsang pelaburan asing
di Langkawi dan akan menjadi yang terbesar yang pernah dilaksanakannya sejak
beliau memulakan aktiviti perniagaannya di pulau tersebut pada 1991.
Ting terkenal dengan membina sebuah hotel di pulau itu dalam
tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa
Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Usahawan kelahiran Sarawak itu berkata, beliau telah
menghabiskan lebih daripada 20 tahun dalam rancangan pembangunan itu, mendakwa
bahawa dia telah mendapat pengiktirafan daripada pemaju dari Perancis, Rusia
dan Korea Selatan.

“Projek ini dijangka menjadi pembangunan terbesar
seumpamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia,” katanya.
Beliau memberi jaminan yang penilaian alam sekitar ke atas
projek tersebut telah dijalankan, sambil menambah bahawa rancangan itu direka
untuk memelihara persekitaran semula jadi yang indah di situ.
“Pembangunan ini akan menjadi seperti di Dubai. Projek
ini akan mendapatkan lebih ramai orang untuk melabur dan tinggal di sini untuk
tempoh yang lebih lama, bukan hanya satu atau dua hari,” tambahnya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel